KAJIAN TINDAKAN
TAHAP PENGETAHUAN DAN BAHAYA DARIH DI KALANGAN PELAJAR MENENGAH RENDAH DI SMK
KENINGAU II.
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang DARIH (dadah,arak/alkohol,rokok/vape, Inhalan dan HIV/AIDS) dikalangan pelajar menengah rendah di SMK Keningau II. Peserta kajian berjumlah 40 orang terdiri daripada tingkatan 1 dan 2 yang telah dipilih secara rawak dikalangan pelajar berjawatan dan pelajar biasa. Kaedah deskriptif secara gabungan kualitatif dan kuantitatif dalam melaksanakan kajian . Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, objektif untuk mengetahui tahap pengetahuan umum pelajar menengah rendah SMK Keningau II terhadap DARIH telah tercapai. Ini dapat dilihat melalui analisis data bahawa tahap pengetahuan pelajar tentang DARIH amat baik dalam topik dadah, arak/alkohol dan rokok/vape berbanding topik inhalan dan HIV. Oleh itu tindakan susulan adalah meningkatkan lagi tahap pengetahuan pelajar secara berfokus melalui edaran risalah,buletin, ceramah kempen kesedaran, mesej 5 minit dan sajak.
​
Kata Kunci: Tahap pengetahuan dan bahaya tentang DARIH. (Dadah, Arak/Alkohol, Rokok/Vape, Inhalan dan HIV/AIDS)
PENGENALAN
Kerajaan telah mengisytiharkan sejak tahun 2003 sebagai tahun memerangi dadah dan bercadangmerealisasi Sekolah Bebas Dadah pada 2012 dan Malaysia Negara Bebas Dadah pada tahun 2015 (Chan Yuen Fook dkk, 2009). Namun hingga kini, jumlah penagih sentiasa meningkat dan menurut statistik Dadah di Malaysia, Pribumi Sabah adalah rangking ke 2 selepas etnik Melayu. Peningkatan dikenalpasti sejak 2015 hingga 2017.
Pengaruh penyalahgunaan DARIH (dadah,arak,rokok/vape dan HIV/AIDS) telah menular dan mensasarkan golongan pelajar di semua peringkat sekolah. Berdasarkan statistik terkini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenal pasti 2,100 pelajar sekolah rendah dan menengah membabitkan 178 sekolah di seluruh negara, terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Keperihatinan dari Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengatur pelbagai strategi pencegahan awal bagi menangani masalah dadah dikalangan pelajar. Menurut Chan dkk, salah satu strategi tersebut adalah Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Namun demikian sesuai dengan perkembangan remaja sifat naluri ingin tahu dan menerokai, remaja sering terjerat kerana pada mulanya hanya ingin mencuba dan akhirnya menjadi mangsa penyalahgunaan dadah. Menurut Drs I Gusti dalam tingkahlaku remaja menyatakan bahawa tidak semua remaja mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mereka alami dan salah satu diantaranya adalah penyalahgunaan dadah. Pengaruh dunia internet juga telah mempercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik antaranya rokok elektronik yang menjadi ikutan para pelajar. Oleh yang demikian perlunya pendedahan tentang pengetahuan bahaya dadah, arak/alkohol,rokok/vape, inhalan dan HIV/ AIDS (DARIH) kepada para pelajar agar dapat menghindari musuh utama Negara yang menjadi barah dalam masyarakat Malaysia dan khususnya dikalangan pelajar.
​
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan tahap pengetahuan dan bahaya DARIH di kalangan pelajar menengah rendah diSMK Keningau II, Keningau Sabah.
Kajian deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Ianya tidak bertujuan untuk menguji hipotesis. Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan.
​
OBJEKTIF
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan umum para pelajar menengah rendah SMK Keningau II terhadap DARIH (dadah,arak/alkohol,rokok, Inhalan dan HIV/AIDS)
​
SOALAN KAJIAN
-
Sejauh mana tahap pengetahuan pelajar menengah rendah SMK Keningau II tentang DARIH (dadah, arak,rokok, inhalan dan HIV/AIDS)
-
Sejauh mana pelajar menengah rendah SMK Keningau II mengetahui kesan dan tentang bahaya DARIH (dadah, arak rokok/vape, inhalan dan HIV/AIDS)
-
Ingin mengetahui sumber maklumat pelajar menengah rendaah SMK Keningau II tentang DARIH (dadah,arak, rokok/rape, inhalan dan HIV/AIDS) dikalangan pelajar.